car | the fast and the furious: tokyo drift | superman returns

July 2nd, 2006 by alexzander

CARS @ GSC Midvalley | Wednesday | 21/06/06 | 11:00am


Lightning McQueen, a hotshot rookie race car driven
to succeed, discovers that life is about the journey, not the finish line, when
he finds himself unexpectedly detoured in the sleepy Route 66 town of Radiator
Springs. On route across the country to the big Piston Cup Championship in
California to compete against two seasoned pros, McQueen gets to know the
town’s offbeat characters–including Sally, a snazzy 2002 Porsche, Doc Hudson,
a 1951 Hudson Hornet with a mysterious past, and Mater, a rusty but trusty tow
truck, who help him realize that there are more important things than trophies,
fame and sponsorship.

 
CARS dikatakn hasil kerjasama terakhir antara Pixar
dan Disney. Graphic mmg terbaik tp jln cerita mcm simple sgt berbanding filem
Pixar sblm nih. Apa yg best kalo tgk kt wyg citer nih ada citer opening tajuk
“One Man Band”. Pastu kalo korg tunggu sp abis credits filem nih, dia ada
tunjuk pasal satu couple keta nih yg pernah sesat ke radiator town tp style
bagak mcm sorg awek serdang tu xmo singgah dan xmo tanya jln. Last2 diorg masih
sesat tgh gurun sambil dikerumuni lalat yg bentuk keta jugak. Abis!

 

THE FAST AND THE
FURIOUS: TOKYO DRIFT @ GSC Midvalley | Wednesday | 21/06/06 | 2:35pm

Sean Boswell is an outsider who attempts to define
himself as a hot-headed, underdog street racer. Although racing provides a
temporary escape from an unhappy home and the superficial world around him, it
has also made Sean unpopular with the local authorities. To avoid jail time,
Sean is sent to live with his gruff, estranged father, a career military-man
stationed in Tokyo
.
Now officially a gaijin (outsider), Sean feels even more shut out in a land of
foreign customs and codes of honor. But it doesn’t take long for him to find
some action when a fellow American buddy, Twinkie, introduces him to the
underground world of drift racing. Sean’s simple drag racing gets replaced by a
rubber-burning, automotive art form with an exhilarating balance of speeding
and gliding through a heart-stopping course of hairpin turns and switchbacks.
On his first time out drifting, Sean unknowingly takes on D.K., the "Drift
King," a local champ with ties to the Japanese crime machine Yakuza.
Sean’s loss comes at a high price tag when he’s forced to work off the debt
under the thumb of ex-pat, Han. Han soon welcomes Sean into this family of
misfits and introduces him to the real principles of drifting. But when Sean
falls for D.K.’s girlfriend, Neela, an explosive series of events is set into
motion, climaxing with a high stakes face off.

 
Citer best gak, keta superb, racing terbaik dan
awek ramai cukup, hot2 plak tu. Lagi2 aweks jepun tu. Perghh!!! Tapi satu jer
kureng, hero dia out. Potong betul la mamat tu. X tau la pasai apa. Kepala mcm Frankenstein
kot, bulu dada terkuar2 kot, ntah ar… scene yg aku paling suka time hero naik
keta awek bawak drifting
lima
keta skali turun bukit. Ngan lagu slow-mo, corner yg mmg lyn, permandangan pun
cun. Perfecto! Abis tgk rasa mcm nk drift aje time corner kt parking segi2
midvalley tu. Tp x jd ar plak. Huhuuuhuu…

 

SUPERMAN RETURNS @
TGV Mines | Sunday | 02/07/06 | 10:45am 

Superman–born on a planet which has long since
died–has been raised by adoptive parents on the
Kent
farm in
Kansas.
The young boy Kal-El is renamed Clark
Kent, and though he has grown up
among humans, he is not one of them. Under Earth’s yellow sun, he can do two
things humans can only dream of, but to co-exist with them he must live a dual
life as mild, unassuming Clark Kent, secretly transforming into the Man of
Steel when the world cries out for him. But now, the world’s crises have gone
unheeded for five long years since Superman’s mysterious disappearance. Without
him, crime has risen in the city of
Metropolis
and beyond; that’s not even counting the future destructive acts of Lex Luthor,
who has been sprung from prison with the specific intent of using Superman’s
technological secrets for his own personal gain and glory.
Lois Lane, star reporter for the Daily
Planet and the love of Superman’s life, has moved on since Superman left
without a word. She has even won a Pulitzer Prize for her essay, "Why the
World Doesn’t Need Superman." Lois has other issues to contend with–she
is now engaged to the editor’s nephew and has a young son to look after. But
for Superman, the long search for his place in the universe ends back at the
Kent farm,
among the only family he has ever known. His destiny lies in Metropolis, where
one look in Lois’s eyes tell him that this place, among the flawed but
ultimately good people of Earth, is his true home. And with Lex’s plan coming
to fruition mere hours after his return, the world will never need Superman
more than it does now.
 

 
Sblm hari tayangan, aku baca n tgk preview citer
superman ni kt media. Masing2 dok kata x best. Jangkaan diorg tinggi sgt kot.
Sbb bg aku dh cukup best. Rasa mcm nk bangun tepuk tangan sambil buat ombak
keliling panggung lps superman selamatkn kapal terbang tu. Filem nih walaupun
nk jiwang, x jiwang sgt; action, x action sgt; jahat, x jahat sgt tp cukup la
sumer utk jd
satu filem yg best utk dilayan di panggung. Soundtrax best, graphic best
terutama time superman terbang. Walaupun dlm screen jauh dia terbang, nampak
kecik aje tp still clear gambar dia sambil
capedia
terbang2 tu. Cuma apa yg kureng dan betul mcm kritik org sblm nih ialah mcm
mana la yg kubu superman kt kutub tu xde security system langsung dan idea lex
luthor yg mcm bodo2 alang. Beside that, simply superb!

* plot review dipetik dr website Yahoo!

a decade ago…

June 29th, 2006 by alexzander

Oktober 2006 ini umur ku bakal mencecah 27 tahun. Sedar
tak sedar rupanya sudah 10 tahun diri ini meninggalkan alam persekolahan. Baru
seperti semalam tadika aku membuat lawatan ke zoo melaka. Baru seperti semalam
kami berlumba basikal meredah ladang kelapa sawit di dengkil. Baru seperti
semalam aku dan muaz berjalan kaki balik sekolah dari sekolah di jalan ipoh ke
rumah di segambut sebab tertinggal bas. Baru seperti semalam aku dan rakan
bermain konda kendi di gombak setia. Baru seperti semalam aku mula belajar
cakap perlis. Baru seperti semalam kami meraikan tamatnya peperiksaan SPM.

 

Baru seperti semalam semuanya berlaku dalam 12 tahun
itu…

 

Perkara indah lagikan dikenang, inikan pula yang pahit,
yang kalau boleh tidak pernah berlaku. Kalau tidak jahat, boleh lah dikatakan
sedikit nakal. Biarkan lah ia berlalu.

 

Teringin sangat aku berjumpa kawan-kawan yang kukenali
dari semua sekolah yang aku duduki. Rakan gaduh di Tadika Taman Sri Alor Gajah .
Sahabat-sahabat Sekolah Kebangsaan Dengkil yang mana kita sama-sama bermain
galah panjang di gelanggang badminton, meniup rekorder di kelas muzik, mencari
kutu di kepala masing-masing, berlari membeli aiskrim ketika loceng pulang
berbunyi. Musim guli, musim gamewatch bersama rakan melayu, india dan cina di
Sekolah Kebangsaan Jalan Ipoh (1) & (2). Kawan-kawan Sekolah Kebangsaan
Gombak Setia yang hanya aku kenali suku daripada kelas 5A5 berlatih persembahan
ulik mayang, bermain game tv, didenda makan cili api, mandi sungai berhampiran
taman rekreasi mirmaland. Teman-teman Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong yang
banyak mengajar aku benda baru. Kami menangkap ikan puyu di longkang selepas
hujan lebat, menolak tongkang di tasik melati, mengenali perasaan meminati kaum
hawa.

 

Sepanjang 5 tahun kemudian aku belajar dan membesar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau yang pada masa itu lebih dikenali
sebagai SMKA Alawiyah. Azam, Manap, PakYa (Allahyarham), MatKun, Hasyim,
ChePit, CheAm, Samir, Muswadi, Yon, Tok’Ek, Farid, Yassir, Meon, Azhani, Muzri,
Fathi, Azizi, Pion, Farouk, AmirCheAni, Jefri, PakTeh, Jamrul (Allahyarham),
AlMurshidi, Yusri, Syed, Amin, Hadi, WanDayak, Zulhisyam, Fauzi, Husmizi,
Tarmizi, Bulat, Darul, Sani, WanGajah, Ayen, Solahhuddin, PakLeh, Nukman,
ShidiKalut, ShidiKecik, Badrul, Jibam, Serpih, Daud, Nizam, Rahman, PakLiAkib,
PakLey, MatPit, Bahij, Botak, Azry, Yazid, MatSabroni, Sabil serta semua geng
batch PMR 1994 dan SPM 1996 (maaflah aku kurang ingat nama hangpa). Terima
kasih untuk perkenalan, persahabatan dan segala pengalaman. Kita tanam pokok
mangga, kita mandi di bengkel KH, kita terjun di belat, kita curi ikan di kolam
sekolah, kita perang air, kita pedajei junior, kita makan laksa ngan ais
kacang, kita pegi pasar malam, kita lepak di medan, kita makan roti canai di
restoran badruddin, kita berlari lepas solat Jumaat mengejar makan nasi minyak,
kita tengok wayang kapitol, kita tuang kelas, kita benci mat smart dewan makan,
kita curi line telefon, kita songlap kertas exam, kita tengok tv siam tengah
malam, kita study last minute (kdg2 x study langsung), kita tidak diterima
masuk form 4, kita merayu untuk masuk balik, kita layan video kat rumah aku,
kita menjadi bentara di istana, kita mengamuk, kita pengsan, kita berkawan,
bergaduh dan berkawan semula. Terima kasih juga kepada orang tua member2,
cikgu, ustaz, ustazah, warden asrama, makcik kantin, pak guard sekolah,
pembantu makmal, polis arau…

 

Terima kasih untuk 12 tahun itu…dan seterusnya.

orang kita

June 26th, 2006 by alexzander

:: orang kita ::

 

Hendak fikir pasal diri sendiri pun dah pening, apa lagi kalau nak fikir
pasal orang lain. Tak sensitif tak boleh, nak sensitif sangat pun tak boleh juga.
Emosi itu adalah hak individu, tapi cuba-cuba lah kawal. Jangan nak main sembur
aje kat semua orang. Antara dua pihak bertelagah, aku jadi orang tengah. Aku
jadi kaunter aduan. Aku cuba mengawal keadaan, situasi, emosi kedua-dua pihak.
Seboleh nya aku tidak mahu berat sebelah. Aku dengar dahulu cerita
masing-masing tanpa memberi sebarang pandangan. Aku interpertasi segala
makluman menjadi positif. Terangkan kembali sebaik mungkin. Terima lah dengan
seadanya. Kerana aku yakin itu adalah yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

 

Masalah orang kita ini dah lama. Menjaga adat mungkin. Kurang sopan sangat
kah kalau berterus terang? Cakap sentiasa beralas, berlapik. Buat apa
berselindung kalau intipati mesej itu sendiri tidak sampai kepada orang yang
dituju. Mulut ini begitu berat menyatakan yang sebenarnya. Cakap belakang
boleh, mengumpat laju. Tapi bila bab ‘cakap direct’ nih memang susah.

 

Orang kita suka perli. Tidak suka perbuatan seseorang, perli. Macam nak
bagi pendapat tapi tetap perli. Masalahnya orang kita tidak suka diperli. Kita
terima perli itu dengan berat. Hasilnya nanti bukan membentuk penambahbaikan,
tetapi lebih kepada keburukan. Hasad dengki pula yang timbul. Orang yang
diperli pula mencari keburukan orang yang memerli. Bukan cuba memperbaiki apa
yang diperli. Sebab ianya bukan suatu pendapat, tetapi adalah perli
semata-mata.

 

Cuba fikir positif. Jangan pandang serong. Jangan nampak negatif sahaja. Lebih
kan kepada kebaikan yang akan diperolehi jika kita saling bertolak-ansur,
saling memberi pendapat, saling membantu dengan ikhlas. Berterus-teranglah…walaupun
ia pahit untuk diluahkan.

super wednesday

June 6th, 2006 by alexzander

31/05/06 amik cuti rabu minggu lepas nk tgk wyg punyer pasal…dan juga utk membeli brg idaman aku…huhuuhuuu…

poseidon
xde la gempak sgt citer nih. tp bleh ar lyn. poseidon adalah nama sebuah kapal pelayaran mewah. supercruise kind of ship. starting citer dia dh tunjuk keliling kapal 360 degree punya view. gila grand. dia tunjuk ar sekali hero citer nih tgh joging turun naik kapal tu. kapal nih dr mana nk ke mana tidak la aku ketahui. action start beberapa slps detik new year. satu fenomena ‘ombak liar’ telah menterbaliklangkupatasbawahkan poseidon. ramai dh mati time scene tu aje. so, ada la satu group nih nk kuar dr main ballroom ke luar dr kapal tu. bekas mayor n bomba, anak pompuan dia, balak anak pompuan dia, mak budak, anak mak budak, awek latin, staf kapal, org tua yg mula2 nk bunuh diri tp x jd sbb nampak ombak besar tu dtg, dan hero citer; sorg mamat lone ranger kaki judi. dan seterusnya adalah perjalanan diorg dr ballroom tu, masuk dapur, masuk ruang lif, masuk enjin, masuk ruang aircond, masuk air, dan kuar ikut kipas kapal tu. last skali yg idup 6 org aje dr sumer yg dlm poseidon. yg lain sumer mampos…

da vinci code
citer ni mmg best. like it very much. walau pun aku x baca novel dan brown yg feymes tu. tom hanks berlakon, awek cun, tempat exotic, jln citer suspen abis. tp jd kn sbg hiburan tontotan cukup ar. x pyh nk obsess sgt ngan citer kafir laknatullah tu. ish, nk kena tgk lg nih. x payah la aku nk bersipnosis lg. rugi kalo x tgk sendiri. aku bg lima point tiga tujuh bintang utk da vince code.

highlight of the day:

  • mkn ada org belanja
  • aku tgk org lain kt klcc tu sumer pakai kasut, aku aje yg pakai selipar warna oren…member punya plak tu (adeh, bila x tau nk beli kasut nih)
  • parking kena 18 hengget…gatai sgt pi parking kt basement klcc nan indah dr pagi sp ke senja
  • dan brg idaman yg aku sebut awal td. muahahaha. aku dh camcorder sendiri. JVC Everio 20GB GZ-MG22 harddisk camcorder. muahahahahaha… smbg gelak lg, muahahahahahahahahaa…mkn satu kali sehari je la pas nih…adeh!

 

destination : northern peninsular (bhgn 2)

May 29th, 2006 by alexzander

jam di dashboard keta dh menunjukkn kul 8 pagi. plaza tol sg dua baru aje aku lepasi. dh kena sarap dulu nih. berenti ar jap kt R&R gurun. x gadoh nk cari kedai mkn kt alor setaq tu. menu kita pagi nih: nasi goreng telur mata ngan air milo kosong. jadi ar kn. mata dh nk layu balik nih. mkn nasi lemak kalu…mau sawah bendang nan permai aku terjahi.250506_0837_1

aku amik exit alor setar selatan. kul 9 pagi keta aku dh mendaki parking lot city point. pakai roll-on deodorant sikit (jenama adalah dirahsiakan memandangkn ia mampu mengeraskn ketiak baju pagoda), sembur body spray, sikat rambut yg berukuran 5mm tinggi dgn tgn, siap! opis gomen tu kt bangunan city plaza sblh. 250506_0957_1
ramai la yg dok pakai baju sukma. naik tgkt 12. tekan loceng meja. bagi payment. dpt resit. tanda signature. dpt sijil. settle!

adeh, keja dh settle. nk buat aper nih? tgk kt tingkap luar betul2 dpn pintu opis nampak ar menara alor setar.250506_0958

baru skali jer aku naik atas tu. tu pun sbb awek member (yg skang dh jd bini dia) keja kt situ. naik free ar. yg aku bangga time tu baru je seminggu dua sblm nyer ada student universiti terjun bunuh diri sbb putus cinta. (bangga ker? muahahahaha. bangang ader la!)

10:00am
call member kt uum, sintok. facrol zikmi bin amdah dgn panggilan yg lebih mesra, mat kun. call member sorg lg irham bin ahmad a.k.a che am. cantekk, dua2 ada kt sana. cargass terus ke tempat pengajian yg telah lama ku tinggalkn…

sepjg perjalanan ke sana, aku sibuk memerhati perubahan yg telah berlaku. hospital baru alor setar dh siap. majlis perbandaran kubang pasu dh lawa. cendol pulut buah jo kt hosba/napoh masih lagi dikunjungi ramai. changlun dh ada mall sendiri habaq hang! sintok…

sintok tak byk berubah. stesen minyak yg mcm BP tak BP tu ader lg. pondok pak guard still lawa mcm last aku dtg time konvo dulu. singh sapu daun kt tepi jln masih lg menyapu di tempat yg sama. aku x keliling abis lembah sintok tu. tp mmg aku x perasan x byk berbeza. perasaan kesunyian tu masih ada. cuma yg jelas nampak baru ialah ada satu hotel/tempat penginapan under management uum tersergam indah sblm kita turun ke main gate uum.

jumpa mat kun kt library masjid dia. jemput che am yg jd urusetia sukma kt kolej mas aku dulu. mkn tghari kt restoran tomyam kt changlun (mana2 pun kedai siam je skang).250506_1152

solat zuhur, lepak, tido2 ayam katik…dh ptg. mat kun ajak mkn goreng pisang kt dpn gate tu dulu. still sama area kt situ. kedai biru ngan kedai pink tu. tokey yg sama gak. nasi berempah ayam goreng pak mat dh xde. x tau dh pindah ke mana. mat kun kata kedai uncle kari kt ujung nk pegi bkt kaci tu dh advance sikit. dulu nasi tomato, ayam goreng, kuah kari, sayur togey aje. lauk dh byk skang. pelbagai citarasa dh. tp harga tetap maintain lg rasa nyer. nasi ayam seketul RM2.50. tambah seketul lg jd 3 hengget aje. beza 5 kupang je weh. mana nk dpt mcm tu. giler ah!

5.00pm
aku ucap terima kasih kt mat kun sbb entertain aku. slmt jln sintok. aku terus ke kangar ikut ‘highway’ sintok-kuala perlis. politeknik ulu pauh dh lama siap rupa nyer. jejambat lintas railway kt arau tu baru dlm pembinaan. punyer la lama depa plan dr kami sekolah dulu. singgah dulu solat asar kt masjid alwi, kangar. 250506_1758

badan dh letih gila babeng nih. tipon mohd muzri bin yusof. ajak dtg umah dulu kt tmn ira. member dok lyn "friends", mcm biasa. dkt kul 6.30 kami kuar. round bandaraya kangar. pusing kedai mamak port bln puasa, pusing tmn rasyidah utama, pusing stesen bas, pusing bazar cina. awek2 kangaq dh sempoi skang. lebih kurang dh ngan kl. lawa2 pun ada. muzri plak lebih terkojut dr aku. nampak sgt pegi keja, balik keja je mamat nih. kami berenti mkn laksa ngan cendol. sedap tul! wan shuhairi bin wan…(tak ingat) a.k.a wan gajah join lepak skali selang beberapa minit lps tu. azan maghrib kami blah balik umah. (bukan nk singgah masjid pun yg betul2 kt sblh tu aje…huhuhuhuu).

lepak umah muzri lg. housemate wartawan dia tu dh balik. umah penuh bulu kucing. muzri ngadu ngan aku. mcm biasa…. badan lesu giler dh time tu. member bleh plak nk promote shaklee dia. mata pandang siling, telanga dgr dia cakap. x lama mana pun, aku terima pelawaan dia jd ahli shaklee dan beli produk time tu jugak. (sapa nk order brg shaklee, boleh la contact aku yer). member bg aku tido jap. mata x bleh nk lelap. aku bangun balik. mandi. siap. ckp ngan muzri aku nk gerak balik kl dh. jam 9 malam hari yg sama…

destination : northern peninsular

May 29th, 2006 by alexzander

i keep making history of first timer lately. last weekend i was watching football game for the first time at bukit jalil stadium. and now, last thursday, i’ve been travelling by driving my car alone to northern peninsular of malaysia and back home to kl in less than 27 hours. i am the very the proud of myself. damn!

here how the story begins;

i’ve received a special task from my deputy general manager. the mission is to pay and collect by hand a registration certificate from a government office in alor setar, kedah. how and when is depends on my decision to make. i choose a date: thursday 25 may 2006. how? for some reasons, i decide to go by bus. so, i bought one way ticket: puduraya, kuala lumpur to shahab perdana, alor setar kedah | transnasional ekspress | 11.00pm on wednesday night 24 may 2006.

24/05/06 10:00pm
one hour before the time above, i ask for a favour from my housemate, fitri anak karim, to send me to puduraya. 30 minutes after that, i hav splitted mind. how difficult it will be to move around in alor setar by public transport in that city. exactly at the time above, i told fitri that i will driving myself with my one and only, iswara V6 turbo. muahahahaha! i spent the next one hour watching CSI before i went to sleep…

…for 4 hours.
25/05/06 3:00am
i woke up by hearing alarm from my precious motorola. take a bath, brush my teeth, pack-in my cloth and stuff in my bodyglove bag. by 3:30am, i’ve already heating up my car. so, hav begun my journey on that very early morning to a destination i vaguely decide in 1 minute mind changing. a quote from fitri, "betui la hang nih. mau nanti nk kawin tinggai lg sejam boleh plak kata x jadi ar." huhuhuuuhuuu…

me. driving. alone. on a quite highway. at 100 to 140 km/h. listening to hotfm. changing to linkin park cd series. hybrid theory. reanimation. meteora. live in texas. collision course…

my first stop, tapah R&R. just fuel up the car, and buy asam jambu and nescafe. second stop,250506_0652_1
hentian sebelah bukit gantang - tropical fruit village. it was already 6.30am in the morning. the sun are showing some light through the foggy sky. very nice view at such a very nice place. hav my solat subuh, taking some pictures and i’m back on the road.

bola sepak kita

May 22nd, 2006 by alexzander

apa la masalah bola sepak kita ar?

ni cerita sabtu malam lepas. final piala FA pahang vs perlis. terus terang aku kata kan yang aku ni bukan la seorang pemain bola. main futsal pun, aku yang lari dari bola, bukan kejar bola. tapi, melihatkan permainan bola sepat tempatan kita dengan yang kat luar sana, terutama sekali english primier league, memang la jauh berbeza.

first time aku masuk stadium bukit jalil. tengahari sabtu tu baru member2 planning nak pegi. mula2 kata ada tiket free, pastu jd 10 ringgit. dapat2 tiket, RM20 daa. nasib baik ada duit dalam wallet yang hanya tebal ngan resit atm check baki dlm akaun.

bila dh ada kt stadium, rupa nyer ramai plak yg sponsor tiket. kalut ar member aku yg mula2 beli dok jual balik. jual 10 hengget pun jd ar kn.

ini ada lah kali kedua aku masuk stadium tgk bola sepak dlm idup aku. giler ah! ramai gak la member2 dr perlis turun. yg dh lama x jumpa, yg dh meluat dok jumpa selalu. separuh stadium je kot yg penuh. confirm yg budak pahang lg ramai dr perlis. kami reramai dok paras 2 stadium yg besar bagak tu. geng perlis sumer. sembang perlis saja ar.
200506_2031

first 90 minit game. layan gak la. perlis byk peluang. finishing aje yg xde. kapten plak mcm bangang je main. pressure dok ada. lyn gak la sp abis fulltime. 0-0. sambung lg extra time 30 minit. mcm tahik je dua2 main.

so, penentuan nyer, penalti shoot-out. perlis 2 try awal dh x masuk. apa la yg bangang sgt. xkn nk jd beckham kot. adeh, letih! dan x masuk, sumer gerak keluar dh ar. ampes cukup!

kesimpulan nyer, mkn tgk bola sambil kutuk player sendiri mmg best. mcm camping pun ada kami kt situ. boleh ar pas nih nk pegi jerman plak lyn world cup. huhuhuuu…

final fantasy VII - advent children

May 17th, 2006 by alexzander

this is my first dvd review…

Wp11

benda dh beli lama. tp baru mlm td nk lyn. tu pun terpaksa korbankn citer CSI kt axn.

this is 1-disc punyer version. visual ngan audio mmg superb. special features ada la sikit.

mcm anime2 futuristik yg lain, jln citer dia mmg ar pelik. so, x pyh la nk concetrate sgt bg paham. movie advent children nih adalah kesinambungan dr jln citer game FFVII (menurut kata2 member aku yg mmg hantu game PS). sumer watak dr game tu ada dlm movie nih. korg akan dgr la istilah2 special dia mcm ‘mother’, ‘reunion’, ‘lifestream’ dan mcm2 laie.

ringkas nyer citer nih, ada la geng jahat 2 org panggil diri ‘reunion’. diorg nk cari ‘mother’ bg kuat2 kn power dlmn diorg. reunion nih guna budak2 kt city utk tolong diorg capai cita2 tu. so, kena hero ‘cloud’ ngan geng2 dia nk halang diorg.Wp21

to make things short, fighting scene dia mmg lyn giler. aku bg 3 nasi lemak telur mata ngan satu air kopi campur daun ketum…

mission impossible 3

May 11th, 2006 by alexzander

Wall_7_1024

citer ni mmg lyn…tgk midnite kul 12 setgh kt gsc midvalley minggu lps…x wujud ar rasa nk tido tu…

dgn pengarah nyer j.j.abrams (filem arahan pertama beliau) yg feymes ngan tv show alias n lost, mmg x menghampa kn langsung…

ianya a stand alone movie drp 2 siri nyer yg sblm ini…bg aku, yg first more on the story, second more on action…but this one mmg combine baik punyer…dr segi story, action sequences, actors, locations…it just melt into one good movie…aku bg empat popcorn ngan satu vanilla coke utk citer M:I:III nih…

akhir kata, maggie Q is da bomb!Wall_18_1024

my very own n first online journal

May 10th, 2006 by alexzander

pergh! aku dh ader blog a.k.a online journal sendiri ar…giler ah!

member jantan lain bleh plak nk terkojut kalo aku ader blog..peduli aper aku…nk buat jugak…sonot plak baca org nyer blog…especially budak pompuan ler…lyn cukup…

cth terbaik blog yg lelaki nyer (setakat yg aku tgk dlm list member2 frenster aje la kn)…confirm la my very own younger brother…muaz a.k.a naz…jiwang cukup…biler x tau nk kawin adik aku sorg tu…

mcm maner bleh terbuat blog nih? ptg2 dh xde keja kt opis…balik awal satgi sangkut jam plak…explore punyer explore frenster sendiri…lyn punyer lyn meng’edit’ menatang blog nih…maka ini hasil nyer…so, hopefully aku akan terus menulis di blog aku sendiri nih…

chalo!

-i come, i see and i conquer-