Archive for May, 2007

satu ratus empat puluh tujuh hari selepas tahun baru

Sunday, May 27th, 2007

giler ah lama x nulis blog nih! dia kena ikut musim gak menda2 mcm nih. kalo aku teringin baca novel, aku baca. kalo musim aku nonton vcd korea, aku nonton. kalo musim aku nk mkn mcm2, aku mkn (kalo ada doet la pun). kalo aku nk nulis blog, aku nulis la mcm skang nih.

aku seronot driving. especially di waktu awal pagi. and NOT especially time jam. aku suka nengok org ramai time rembang matahari tu. mcm2 perangai, mcm2 pe’el (carrefour jln peel aku x penah lg jejak). cth nya pagi td time dtg opis. jln raya clear skang nih. cuti sekolah dh start. lg la seronot memandu sambil nonton environment dari kaca tingkap keta.

keta aku comot bangat. dh berminggu x basuh. kuar umah kul 7.25am. dh perangat enjin dlm seminit dua, terus kuar dr parking lot penthouse tu. ikut jln blkg nk kuar dr pandan indah. hampir accident nk langgar keta org lain kt traffic light tmn cahaya. akak hot jual nasi lemak kt situ still maintain hotness nyer. masuk MRR2 dr junction tmn maluri. lalu dpn tesco ampang. parking lot masih clear. sejam dua lg pack ar tu. naik flyover jln ampang kt plaza ampang city. still admire kt awek billboard rattan decor kt dinding dia tu. beautiful photography!

masuk interchange keramat AU. roundabout amik kul 3. jln tu kurang sikit bumper. awek pun ramai dok berkumpul kt bus stand. uhuks! apa yg seronok perati keliling nih, kita acapkali terjengah ke suatu situasi yg dipanggil dejavu. kalo korg pernah tgk file deja vu ker, the matrix ker, adalah situasi mcm tu. pagi ini aku terasa lg situasi sebegitu. jln keramat AU td. keta aku membontoti (sopan la kn perkataan nih?) sorg mamat motor. dia sambil menunggang, sambil memakai helmet nyer. t-shirt yg dipakai bertulis "may i help you?". staf carrefour. aku masuk simpang. ada satu keta sblh kanan aku terlekat plastik carrefour kt tayar dia. aku pandang kiri. terkumpul sampah dlm plastik carrefour dpn rumah kt situ. tiga situasi carrefour yg berbeza dlm masa satu minit. dejavu? maybe just coincidence…

keta aku sp di simpang dpn nasi lemak daun pisang kt ngan apartment mayang sari. dua org awek nk lintas jln sedang meniti divider simen tgh2 tu. sorg terpele’ot ke jln raya. aish, rasa nk langgar sikit pun ada. bleh berkenalan sambil hantar ke hospital. muahahahaha!

sp parking dpn opis kul 7.45am. beli bihun goreng telur mata. masuk opis. on aircond dpn. on lampu dlm. on printer. on mesin fotostat. on lampu bilik. on aircond bilik. on pc. mkn sarapan. taip blog. ujan lebat baru turun kt luar tu. hari ini hari isnin. staf ramai cuti. start buat keja!