orang kita

:: orang kita ::

 

Hendak fikir pasal diri sendiri pun dah pening, apa lagi kalau nak fikir
pasal orang lain. Tak sensitif tak boleh, nak sensitif sangat pun tak boleh juga.
Emosi itu adalah hak individu, tapi cuba-cuba lah kawal. Jangan nak main sembur
aje kat semua orang. Antara dua pihak bertelagah, aku jadi orang tengah. Aku
jadi kaunter aduan. Aku cuba mengawal keadaan, situasi, emosi kedua-dua pihak.
Seboleh nya aku tidak mahu berat sebelah. Aku dengar dahulu cerita
masing-masing tanpa memberi sebarang pandangan. Aku interpertasi segala
makluman menjadi positif. Terangkan kembali sebaik mungkin. Terima lah dengan
seadanya. Kerana aku yakin itu adalah yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

 

Masalah orang kita ini dah lama. Menjaga adat mungkin. Kurang sopan sangat
kah kalau berterus terang? Cakap sentiasa beralas, berlapik. Buat apa
berselindung kalau intipati mesej itu sendiri tidak sampai kepada orang yang
dituju. Mulut ini begitu berat menyatakan yang sebenarnya. Cakap belakang
boleh, mengumpat laju. Tapi bila bab ‘cakap direct’ nih memang susah.

 

Orang kita suka perli. Tidak suka perbuatan seseorang, perli. Macam nak
bagi pendapat tapi tetap perli. Masalahnya orang kita tidak suka diperli. Kita
terima perli itu dengan berat. Hasilnya nanti bukan membentuk penambahbaikan,
tetapi lebih kepada keburukan. Hasad dengki pula yang timbul. Orang yang
diperli pula mencari keburukan orang yang memerli. Bukan cuba memperbaiki apa
yang diperli. Sebab ianya bukan suatu pendapat, tetapi adalah perli
semata-mata.

 

Cuba fikir positif. Jangan pandang serong. Jangan nampak negatif sahaja. Lebih
kan kepada kebaikan yang akan diperolehi jika kita saling bertolak-ansur,
saling memberi pendapat, saling membantu dengan ikhlas. Berterus-teranglah…walaupun
ia pahit untuk diluahkan.

One Response to “orang kita”

  1. nUrUL Says:

    sabar zaid…maafkan aku kerana terlalu berterus terang mengatakan ko tak kacak..ahahaha…. :p sabo lew…ei..mai lew kuar koke jamban..rindu kat ko :D

Leave a Reply