a decade ago…
Thursday, June 29th, 2006Oktober 2006 ini umur ku bakal mencecah 27 tahun. Sedar
tak sedar rupanya sudah 10 tahun diri ini meninggalkan alam persekolahan. Baru
seperti semalam tadika aku membuat lawatan ke zoo melaka. Baru seperti semalam
kami berlumba basikal meredah ladang kelapa sawit di dengkil. Baru seperti
semalam aku dan muaz berjalan kaki balik sekolah dari sekolah di jalan ipoh ke
rumah di segambut sebab tertinggal bas. Baru seperti semalam aku dan rakan
bermain konda kendi di gombak setia. Baru seperti semalam aku mula belajar
cakap perlis. Baru seperti semalam kami meraikan tamatnya peperiksaan SPM.
Baru seperti semalam semuanya berlaku dalam 12 tahun
itu…
Perkara indah lagikan dikenang, inikan pula yang pahit,
yang kalau boleh tidak pernah berlaku. Kalau tidak jahat, boleh lah dikatakan
sedikit nakal. Biarkan lah ia berlalu.
Teringin sangat aku berjumpa kawan-kawan yang kukenali
dari semua sekolah yang aku duduki. Rakan gaduh di Tadika Taman Sri Alor Gajah .
Sahabat-sahabat Sekolah Kebangsaan Dengkil yang mana kita sama-sama bermain
galah panjang di gelanggang badminton, meniup rekorder di kelas muzik, mencari
kutu di kepala masing-masing, berlari membeli aiskrim ketika loceng pulang
berbunyi. Musim guli, musim gamewatch bersama rakan melayu, india dan cina di
Sekolah Kebangsaan Jalan Ipoh (1) & (2). Kawan-kawan Sekolah Kebangsaan
Gombak Setia yang hanya aku kenali suku daripada kelas 5A5 berlatih persembahan
ulik mayang, bermain game tv, didenda makan cili api, mandi sungai berhampiran
taman rekreasi mirmaland. Teman-teman Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong yang
banyak mengajar aku benda baru. Kami menangkap ikan puyu di longkang selepas
hujan lebat, menolak tongkang di tasik melati, mengenali perasaan meminati kaum
hawa.
Sepanjang 5 tahun kemudian aku belajar dan membesar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau yang pada masa itu lebih dikenali
sebagai SMKA Alawiyah. Azam, Manap, PakYa (Allahyarham), MatKun, Hasyim,
ChePit, CheAm, Samir, Muswadi, Yon, Tok’Ek, Farid, Yassir, Meon, Azhani, Muzri,
Fathi, Azizi, Pion, Farouk, AmirCheAni, Jefri, PakTeh, Jamrul (Allahyarham),
AlMurshidi, Yusri, Syed, Amin, Hadi, WanDayak, Zulhisyam, Fauzi, Husmizi,
Tarmizi, Bulat, Darul, Sani, WanGajah, Ayen, Solahhuddin, PakLeh, Nukman,
ShidiKalut, ShidiKecik, Badrul, Jibam, Serpih, Daud, Nizam, Rahman, PakLiAkib,
PakLey, MatPit, Bahij, Botak, Azry, Yazid, MatSabroni, Sabil serta semua geng
batch PMR 1994 dan SPM 1996 (maaflah aku kurang ingat nama hangpa). Terima
kasih untuk perkenalan, persahabatan dan segala pengalaman. Kita tanam pokok
mangga, kita mandi di bengkel KH, kita terjun di belat, kita curi ikan di kolam
sekolah, kita perang air, kita pedajei junior, kita makan laksa ngan ais
kacang, kita pegi pasar malam, kita lepak di medan, kita makan roti canai di
restoran badruddin, kita berlari lepas solat Jumaat mengejar makan nasi minyak,
kita tengok wayang kapitol, kita tuang kelas, kita benci mat smart dewan makan,
kita curi line telefon, kita songlap kertas exam, kita tengok tv siam tengah
malam, kita study last minute (kdg2 x study langsung), kita tidak diterima
masuk form 4, kita merayu untuk masuk balik, kita layan video kat rumah aku,
kita menjadi bentara di istana, kita mengamuk, kita pengsan, kita berkawan,
bergaduh dan berkawan semula. Terima kasih juga kepada orang tua member2,
cikgu, ustaz, ustazah, warden asrama, makcik kantin, pak guard sekolah,
pembantu makmal, polis arau…
Terima kasih untuk 12 tahun itu…dan seterusnya.