destination : northern peninsular (bhgn 2)
jam di dashboard keta dh menunjukkn kul 8 pagi. plaza tol sg dua baru aje aku lepasi. dh kena sarap dulu nih. berenti ar jap kt R&R gurun. x gadoh nk cari kedai mkn kt alor setaq tu. menu kita pagi nih: nasi goreng telur mata ngan air milo kosong. jadi ar kn. mata dh nk layu balik nih. mkn nasi lemak kalu…mau sawah bendang nan permai aku terjahi.
aku amik exit alor setar selatan. kul 9 pagi keta aku dh mendaki parking lot city point. pakai roll-on deodorant sikit (jenama adalah dirahsiakan memandangkn ia mampu mengeraskn ketiak baju pagoda), sembur body spray, sikat rambut yg berukuran 5mm tinggi dgn tgn, siap! opis gomen tu kt bangunan city plaza sblh. 
ramai la yg dok pakai baju sukma. naik tgkt 12. tekan loceng meja. bagi payment. dpt resit. tanda signature. dpt sijil. settle!
adeh, keja dh settle. nk buat aper nih? tgk kt tingkap luar betul2 dpn pintu opis nampak ar menara alor setar.
baru skali jer aku naik atas tu. tu pun sbb awek member (yg skang dh jd bini dia) keja kt situ. naik free ar. yg aku bangga time tu baru je seminggu dua sblm nyer ada student universiti terjun bunuh diri sbb putus cinta. (bangga ker? muahahahaha. bangang ader la!)
10:00am
call member kt uum, sintok. facrol zikmi bin amdah dgn panggilan yg lebih mesra, mat kun. call member sorg lg irham bin ahmad a.k.a che am. cantekk, dua2 ada kt sana. cargass terus ke tempat pengajian yg telah lama ku tinggalkn…
sepjg perjalanan ke sana, aku sibuk memerhati perubahan yg telah berlaku. hospital baru alor setar dh siap. majlis perbandaran kubang pasu dh lawa. cendol pulut buah jo kt hosba/napoh masih lagi dikunjungi ramai. changlun dh ada mall sendiri habaq hang! sintok…
sintok tak byk berubah. stesen minyak yg mcm BP tak BP tu ader lg. pondok pak guard still lawa mcm last aku dtg time konvo dulu. singh sapu daun kt tepi jln masih lg menyapu di tempat yg sama. aku x keliling abis lembah sintok tu. tp mmg aku x perasan x byk berbeza. perasaan kesunyian tu masih ada. cuma yg jelas nampak baru ialah ada satu hotel/tempat penginapan under management uum tersergam indah sblm kita turun ke main gate uum.
jumpa mat kun kt library masjid dia. jemput che am yg jd urusetia sukma kt kolej mas aku dulu. mkn tghari kt restoran tomyam kt changlun (mana2 pun kedai siam je skang).
solat zuhur, lepak, tido2 ayam katik…dh ptg. mat kun ajak mkn goreng pisang kt dpn gate tu dulu. still sama area kt situ. kedai biru ngan kedai pink tu. tokey yg sama gak. nasi berempah ayam goreng pak mat dh xde. x tau dh pindah ke mana. mat kun kata kedai uncle kari kt ujung nk pegi bkt kaci tu dh advance sikit. dulu nasi tomato, ayam goreng, kuah kari, sayur togey aje. lauk dh byk skang. pelbagai citarasa dh. tp harga tetap maintain lg rasa nyer. nasi ayam seketul RM2.50. tambah seketul lg jd 3 hengget aje. beza 5 kupang je weh. mana nk dpt mcm tu. giler ah!
5.00pm
aku ucap terima kasih kt mat kun sbb entertain aku. slmt jln sintok. aku terus ke kangar ikut ‘highway’ sintok-kuala perlis. politeknik ulu pauh dh lama siap rupa nyer. jejambat lintas railway kt arau tu baru dlm pembinaan. punyer la lama depa plan dr kami sekolah dulu. singgah dulu solat asar kt masjid alwi, kangar. 
badan dh letih gila babeng nih. tipon mohd muzri bin yusof. ajak dtg umah dulu kt tmn ira. member dok lyn "friends", mcm biasa. dkt kul 6.30 kami kuar. round bandaraya kangar. pusing kedai mamak port bln puasa, pusing tmn rasyidah utama, pusing stesen bas, pusing bazar cina. awek2 kangaq dh sempoi skang. lebih kurang dh ngan kl. lawa2 pun ada. muzri plak lebih terkojut dr aku. nampak sgt pegi keja, balik keja je mamat nih. kami berenti mkn laksa ngan cendol. sedap tul! wan shuhairi bin wan…(tak ingat) a.k.a wan gajah join lepak skali selang beberapa minit lps tu. azan maghrib kami blah balik umah. (bukan nk singgah masjid pun yg betul2 kt sblh tu aje…huhuhuhuu).
lepak umah muzri lg. housemate wartawan dia tu dh balik. umah penuh bulu kucing. muzri ngadu ngan aku. mcm biasa…. badan lesu giler dh time tu. member bleh plak nk promote shaklee dia. mata pandang siling, telanga dgr dia cakap. x lama mana pun, aku terima pelawaan dia jd ahli shaklee dan beli produk time tu jugak. (sapa nk order brg shaklee, boleh la contact aku yer). member bg aku tido jap. mata x bleh nk lelap. aku bangun balik. mandi. siap. ckp ngan muzri aku nk gerak balik kl dh. jam 9 malam hari yg sama…
June 27th, 2006 at 11:30 pm
mak aiiii…lame rasenye x dengar perkataan ‘cargass’ tuh…hmmm…mmg budak sekolah agama betul la…
hihihiiii