sehingga menitis air mata
Sungguh aku tidak
tahu kenapa kebelakangan ini aku kuat makan. Aku pasti, yakin dan pasti, bukan
salah aku. Semahunya aku
cuba
mengawal nafsu amarah perut ini, tapi apakan daya aku hanya insan yang lemah.
Ditambah lagi makanan yang dihidangkan tidak memerlukan aku mengeluarkan duit
langsung. Lagi lah aku pantang…pantang tak tambah!
Sebagai contoh,
hujung bulan lepas Dato’ big boss company aku buat majlis kesyukuran kat umah
dia nun di puncak
sana
.
Solat maghrib, baca yasin, sunat hajat, solat isyak…dan tidak ketinggalan,
makan! masa mula2 sampai sebelum tu, dah nampak satu tong petak besi dah
diturunkan dari lori catering. Confirm! Kambing golek!! Abis solat isyak, semua
dah macam serigala, serigala yang sopan. Beratur lah masing2, dgn pinggan di
tangan kanan, air di tangan kiri, sudu garpu di ketiak kanan, kuih amik siap2
letak kt ketiak kiri, yg lain selit aje kt celah pusat…muahahahaha! Aku tak
buat mcm tu. Menu mlm tu: nasi briyani, ayam masak merah, dalca daging, kambing
golek siap nasi sumbat ngan telur anding dalam perut kambing tu (iye ker nama
nyer telur anding? Ker dinding? Ker bandingan? Ntah!), segala mcm kuih, segala
mcm desert.
Ada
satu puding dlm bekas plastik kecik. Humang sedap! Member2 opis yg x tau malu
(termasuk aku), pakat amik byk2 bubuh dlm poket baju melayu. Balik nak salam
ngan dato’ pun terkemut2, puding bersusun kt tangan kiri lindung kt blkg badan.
Huh!
Aku dari hari
khamis minggu lps pegi outstation (x termasuk weekend). Hari ini baru masuk
opis balik. Site visit ke Cameron highlands,
kota
bharu dan kertih. fokus ialah apa yg
dilahap sepjg road tour tu. Gila buaya!
KL-Cameron Highlands:
Khamis
Bekpes-bekpes kt opis dulu. Nasi lemak bcb, telur mata tambah cabai
potong.
Lunch-berenti rehat kt R&R tapah. Mkn nasi kt highway di bosan
dh. Rasa mcm sama aje kt mana2 hentian pun. Aku mkn nasi putih telur dadar ngan
pucuk paku masak lemak. Sedap aje.
Dinner-abis program mlm tu kt site opis, staf projek bawa pegi mkn kt
food court tanah rata. Steamboat! Kami 5 org, minta kedai masak 3 org mkn. Nasi
putih sorg sepinggan. Mula2 mcm x cukup, mkn2 x sempat licin, semua dh sangap. Nasib
baik la sup ayam yg dipesan diorg x buat. Aku juga la mengabiskan. Sos dia yg
paling layan tuu.
Jumaat
Bekpes-dh stay kt hotel, bekpes compliments ar. Aku ngan bos aku sama
aje kepala (ker sama perut?). setiap menu kt meja hidangan rainforest café tu
kami bedal. Omelet, kuetiow, roti bakar, nasi lemak, baked beans, scramble egg,
… heritage mmg best makanan dia.
Lunch-abis program tghari tu, kami terus gerak balik KL. Ikut jln
dlm. Tapah, bidor, sungkai, trolak, slim river. Solat jumaat kt surau hospital
slim river. Tgk2 kot jumpa sell kt dlm jemaah tu, tp lelaki semua ar plak.
Masuk highway balik, berenti kt ulu bernam. Mkn mee
bandung
. Lyn kn aje.
Dinner-sp umah member
sumer
ada. Ajak mkn kt tmn melawati. Restoran Nara. Tomyam, kerabu sotong, telur
dadar, kangkung belacan, nasi putih. Member belanja. Best!
KL-Kota Bharu-Kertih :
Isnin
Bekpes-mkn ringan aje sbb aku kena driving keta iswara compressor aku
dulu separuh perjalanan ke KB. Nasi lemak biasa campur bihun goreng ngan
telur mata. Erk…
Lunch-amik bos kt
lrt gombak, masuk karak highway, keluar kt bentong, lalu raub, berenti kt kuala
lipis. Aku mkn nasi putih lauk ayam masak merah sayur pucuk ubi masak lemak
putih ngan tempe sambal. Bos aku amik lauk ikan patin. Pau lauk dia skali.
Teatime-bos aku plak drive merentasi banjaran sp ke gua musang. Jln
dia humang hai! Lps solat jama’ kt masjid situ, minum dulu kt
medan
selera kesedar kt situ. Lyn Nescafe
ngan biskut krim nenas tapau kt lipis td.
Dinner-lps check-in kt new pacific, rehat jap, siap2 pegi site opis
kt jambatan yahya
petra
,
sg Kelantan. Staff
sana
hidang bihun (diorg panggil mee) goreng ngan kuih bahulu.
Supper-abis program kul 10 lebih. Bos suggest mkn sup.
Pusing la Bandar KB tu cari kedai jual sup. X jumpa2…sup abis la, sup belut
xmo. Cari kt lundang, cari kt kedai lalat. Last masuk town balik, pegi kt food court sblh hospital tu. Jumpa
jugak. Sup gear box! Sorang satu!! Bersenjatakn sudu, garpu, pisau dan sebtg
straw, kami melantak sup gear box lembu masing2. lincinnn…! Kul 12 tghmlm dh
tu…
Selasa
Bekpes-compliment
punyer pasal, jgn tinggal. New pacific ada PDRM buat seminar. Ramai la yg
beruniform bekpes skali. Nasi
kerabu, cereal, kuetiow, roti bakar, pau, …kena improvised ar sikit makanan
kt new pacific nih. Bkn calang2 org menginap kt situ. Yg kami pernah selisih;
MB negeri Sembilan, jins samsuddin…
Minum pagi-sp site opis balik, diorg hidang meehon lg. sedap punya pasal,
aku mkn lagi sepinggan, ngan beberapa biji bahulu. Siap tapau lg buat bekal
pegi kertih.
Lunch-aku drive dr KB, pasir putih, machang, sbrg takir (pusing cari
air buah gelas besar, tp x buka lg. baru kul 2 lah), kuala t’ganu. Mkn tghari
kt kg losong, restoran selera timur 2. ada byk cawangan lain la kot. Nasi
putih, ikan kembung golek (bakar), sayur hijau aper ntah aku x tau nama, teh o
limau peng se. yg best kedai nih pinggan dia dh tahap mcm talam. X abis2 mkn
nyer. Lps singgah beli keropok losong, bos aku plak smbg drive sp kertih.
Dinner-ptg tu singgah dulu kt site office kt kertih port petronas.
Program buat kt umah sewa staf mlm nyer. Abis dlm kul 10 baru dinner kt kedai
mkn kt paka. Aku mkn kueteow hongkong a.k.a kungfu a.k.a kantonis. Paling sedap
pernah aku mkn kt
Malaysia
nih. Kami over nite kt residence resort.
Rabu
Bekpes-hari nih program dh xde. Solat subuh, smbg tido lg sp kul 9.
bangun gosok gigi aje, basuh muka, bekpes kt café dia. Menu standard aje mcm
hotel lain, cuma main course tukar nasi dagang. Ketedarah aje semua. Guling2 kt pantai, sepak2 air laut, balik
masuk bilik. Mandi, packing, check-out.
Lunch-aku drive sp hentian gambang lebuhraya pantai timur. Mkn nasi
ayam, aje. Bos smbg drive sp KL. Sp umah pandan indah kul 5 ptg. Malas dh nk
singgah opis.
Dinner-goreng keropok losong aje. Mkn reramai. Minum air tin pelbagai
perisa member balas berkatun2. cukup ar tu. Solat nk tahiyat akhir pun punya
seksa. Mau tak, berlipat!!!
p/s: tambah sikit.
Sabtu lps Cameron tu balik dengkil. Sbb aper? Mak bgtau dia buat udang galah
masak lemak tempoyak. Ahad abah beli ketam plak. Terbaikkk!!!! 7 hari penuh dgn
obsesiti. Bak kata pepatah jawa yg telah
dialih bahasa, “Makan sehingga menitis air mata…”